Title is inspired from Rush songs, 'The Analog Kid' and 'Digital Man'. An analog signal is a signal that is written as it is recorded, without having anything encrypted. A digital signal is an encrypted signal that needs to be decoded, a digital signal only gives a positive or a negative signal, 0s or 1s. The Analog Kid is about a kid who is overwhelmed with straight-forward emotion. Digital Man is about a heartless, calculating man - putting logic before emotion.
Wednesday, April 25, 2012
Ada hikmahnya
Pada zaman dahulu, ada seorang Sultan dan memang dah jadi kelaziman, Sultan punyai seorang Bendahara. Sultan dan Bendahara ni memang baik. Sultan tersebut juga ada kegemaran iaitu berlawan pedang. Lawannya adalah adik Sultan itu sendiri.
Tapi Sultan ni tidak setangkas adiknya. Lalu dijadikan cerita, satu hari, sedang Sultan bermain pedang dengan adiknya, secara tidak sengaja adiknya terkelar betis Sultan tersebut. Darah mengalir dan bila sembuh nanti, pasti akan berparut.
Terdetik kat fikiran Sultan tu, "Adik aku ni, nak rampas takhta aku ke? Sanggup dia kelar betis aku!".
Lalu Sultan tersebut merujuk pada Bendahara mengenai peristiwa tersebut.
"Sesungguhnya, adinda Tuanku tidak ada niat nak merampas takhta Tuanku. Namun, patik pasti, kejadian ni ada hikmahnya...", jawab Bendahara tersebut.
Sultan tersebut bertanya lagi "Apa hikmahnya?".
"Ada lah hikmahnya...", jawab Bendahara tu lagi.
Sultan tak berpuashati lalu bertanya lagi soalan tersebut dan setiap kali ditanya, begitu jugalah jawapan Bendahara tersebut.
Sultan tersebut murka lalu memerintahkan Bendahara tersebut dipenjarakan.
Beberapa bulan kemudian, Sultan tersebut pergi memburu. Kerana leka sangat dengan memburu, Sultan tersebut tidak sedar yang dia dah termasuk kawasan orang asli. Orang asli ni dikatakan kanibal dan sesiapa orang luar yang masuk akan dikorbankan untuk dimakan. Orang asli tersebut dapat menangkap Sultan, manakala hulubalang Sultan pula, lari lintang pukang.
Sultan merayu agar dia tidak dikorbankan. Bermacam alasan yg diberi namun orang asli tersebut tidak menghiraukan rayuannya. Tiba saat untuk dikorbankan, seorang dukun dari golongan orang asli tersebut memeriksa Sultan tersebut. Tiba-tiba dukun tersebut marah lalu memerintahkan Sultan tersebut keluar dari perkampungan mereka. Dukun tersebut memberitahu, Sultan ada kecacatan pada betisnya, maka tak layak untuk dijadikan korban.
Sultan tersebut keluar dari kampung tersebut lalu pulang ke istananya. Terus sahaja Sultan tersebut berjumpa dengan Bendaharanya di penjara lalu menceritakan kejadian yang dilaluinya.
"Telah patik katakan, Tuanku. Ada hikmah pada setiap kejadian. Sekiranya adinda Tuanku tak terkelar betis Tuanku, pasti Tuanku dah dijadikan korban.", kata Bendahara tersebut.
Sultan tersebut sedar akan kesilapannya lalu membebaskan Bendahara tersebut.
Kemudian Sultan bertanya, "Apa pula hikmah kamu dapat bila kamu dipenjarakan?".
"Tuanku, sudah semestinya seorang Bendahara sentiasa berada di sisi Sultan. Sekiranya patik tak dipenjarakan, sudah tentu patik akan ikut Tuanku bersama memburu dan turut sama akan ditangkap oleh orang asli tersebut. Tuanku mungkin lepas kerana kecacatan Tuanku tapi patik mungkin tak selamat kerana patik tiada kecacatan pada tubuh patik", jelas Bendahara tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)